• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Saman Bekas Pengurus Peribadi Zizan Razak

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak saman bekas pengurus peribadi Zizan Razak terhadap pelakon dan pelawak itu berhubung pelanggaran kontrak perjanjian, dua tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin dalam keputusannya berkata adalah jelas segala terma dan syarat perjanjian ialah antara Syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd dengan Zizan.

“Tidak mungkin perjanjian itu boleh dijadikan asas untuk Marina Juki (plaintif) untuk memfailkan saman individu terhadap defendan. Oleh itu, mahkamah menolak saman plaintif,” kata Rosbiahanin.

Mahkamah juga menolak tuntutan balas Zizan, 32, atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak terhadap Marina atas dakwaan saman itu adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 5 Nov 2014, Marina memfailkan saman terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, syarikat Wire Fame dan Marina pada 3 Mei 2011.

Marina mendakwa berdasarkan kontrak itu, Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa pada Mei 2014, pihak Astro telah mengesahkan Zizan berada di bawah pengurusan Astro dengan kontrak bernilai RM2,000,000 tanpa persetujuan syarikat Wire Fame dan plaintif.

Wanita itu mendakwa Zizan telah melanggar perjanjian kerana perpindahannya ke Astro dilakukan sebelum tamat tempoh kontrak dengan plaintif dan syarikat Wire Fame.

Beliau memohon ganti rugi khas sebanyak RM535,500, ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Marina juga memfailkan satu lagi saman terhadap Zizan pada 30 Sept 2014 berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame untuk satu tempoh yang lama, bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman itu pada 10 Feb 2015 selepas membenarkan permohonan Zizan untuk berbuat demikian.

Peguam Rishwant Singh mewakili Zizan manakala Wan Nurliyana Wan Abd Rahman bertindak bagi pihak Marina. – BERNAMA

Tags: mahkamahZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd