• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Perlu Didedah Erti Jihad Sebenar

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan muda perlu didedah dengan pengetahuan berhubung erti jihad sebenar dalam Islam bagi mengekang penularan dakyah songsang golongan militan di negara ini.

Penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berkata bagi membendung dakyah itu di peringkat awal, ibu bapa juga berperanan memantau pergaulan anak-anak mereka terutama dalam media sosial.

“Tindakan generasi muda yang pendek akal dan mudah terpedaya tanpa memahami matlamat sebenar perjuangan militan itu boleh mengancam keselamatan diri dan negara.

“Pengetahuan mereka perlu dipertingkatkan selain diberi penerangan berhubung implikasi dan erti jihad yang sebenar dalam Islam.

“Pemahaman yang salah berhubung konsep itu boleh mempengaruhi generasi itu ke arah keganasan dan mengancam keselamatan diri dan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kaedah menangani isu militan berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan dipercayai direkrut penggerak utama kumpulan militan Negara Islam (IS) di sini untuk berjihad di Syria.

Akhbar berkata orang ramai khususnya ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai rakan anak-anak mereka terutamanya dalam media sosial agar tidak terjebak dengan konsep militarisme yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa.

“Kenalan dalam alam maya itu boleh membawa anasir luar yang terlatih dan kemudian menghasut mereka (generasi muda) dengan konsep itu (militarisme) dan cuba mempraktikkannya di sini.

“Pengaruh luar ini menerusi platform media sosial mendekati generasi muda dengan memberi pendedahan songsang akan maksud jihad dan secara tersembunyi mereka direkrut,” katanya.

Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata individu yang mempunyai kecenderungan menyertai aktiviti militan tidak akan mempamerkan minat kepada khalayak dan perkara itu menyukarkan orang ramai untuk menghalang niat mereka.

“Sekiranya ibu bapa, penjaga atau rakan-rakan yang mengesyaki penglibatan individu terbabit dalam aktiviti militan, mereka seharusnya bertindak lebih awal dan menyampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.

Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS.

Setakat ini 37 orang telah ditahan, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan. – BERNAMA

Tags: Beliajihad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd