• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Kerajaan Pahang Akan Bantu Penternak Ikan Sangkar

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan menghulurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar yang terjejas akibat fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau akan mengarahkan jabatan perikanan negeri mendapatkan maklumat lengkap berhubung mereka yang menghadapi masalah itu.

“Kita akan minta jabatan perikanan buat taksiran. Sedikit sebanyak kita akan membantu sebagai tanda simpati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pahang 2020: Invest Kuantan di sini, Sabtu.

Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai aduan penternak ikan sangkar di Jerantut, Temerloh dan Pekan yang mendakwa menanggung kerugian selepas ikan patin dan tilapia peliharaan mereka mati akibat cuaca panas.

Penternak ikan sangkar di Kampung Jerantut Feri dan Kampung Lada, Jerantut mendakwa mereka kerugian RM50,000 dalam tempoh seminggu kerana ikan spesis itu tidak mampu hidup dalam suhu air yang tinggi selain menghadapi masalah air Sungai Pahang yang semakin surut.

Adnan juga memaklumkan bahawa bekalan air di negeri ini masih berada dalam keadaan terkawal menyebabkan tiada keperluan untuk mencatu bekalan air selain Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sentiasa mengawasi perkembangan berkaitan air. – BERNAMA

Tags: cuaca panasPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd