• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demonstrasi Jalanan, Kempen Tandatangan Bukan Cara Kita

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMBANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar tidak terikut-ikut dengan tindakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan ditukar melalui demonstrasi jalanan dan kempen tanda tangan.

“Itu tidak ada dalam perlembagaan,” katanya.

Najib turut menafikan dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) “mabuk kuasa” kerana rakyat diberi peluang untuk mengundi memilih pemimpin dalam lima tahun sekali mengikut perlembagaan.

Memberi contoh demonstrasi jalanan di Timur Tengah yang dikenali Arab Spring, beliau berkata, ia kini tidak seperti diharapkan oleh rakyat di negara berkenaan.

“Revolusi Arab Spring tidak mencapai matlamat kerana perubahan dilakukan secara mengejut, tidak ikut perlembagaan dan tidak mengikut kedaulatan unang-undang”, katanya semasa merasmikan program Sejiwa Senada (SJSN) Limbang di Komplek Sukan Limbang di sini Sabtu yang dihadiri lebih 15,000 penduduk.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar jangan terpengaruh dengan budaya fitnah dan melaga-lagakan orang seperti yang dilakukan pembangkang melalui media sosial.

“Saya meminta rakyat berfikir sejenak untuk memikir dengan lebih mendalam parti mana yang boleh menjamin hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini,” katanya.

Beliau mahu rakyat Sarawak memilih parti BN pada pilihan raya negeri ke-11 nanti supaya kerajaan pusat dapat meneruskan projek-projek yang dirancang seperti projek lebuh raya Pan Borneo, pembangunan Tanah Adat Bumiputera dan pelbagai lagi projek infrastruktur.

Berdasarkan prestasi BN di Sarawak, Najib yakin rakyat Sarawak akan memberi mandat lebih besar kepada kerajaan BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. – BERNAMA

Tags: demonstrasiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

Sultan Ibrahim Saksikan Demonstrasi Udara Sukhoi Su-57E Oleh ‘Hero Of Russia’ – Sergei Bogdan

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima, Sukhoi Su-57E...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd