• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Percaya Pada Rezeki Ditentukan Tuhan – Nur Fathia

oleh AK-47
02/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA bersiri Ariana Rose dan Dia Isteri Luar Biasa antara drama yang telah melonjakkan populariti pelakon muda ini menerusi watak-watak yang dipegangnya.

Nur Fathia Abdul Latif, 28; dalam perkembangan terbaharu tampil bertudung sepenuhnya.

Sememangnya pelakon ini tampak manis apabila berhijab seperti dalam lakonan drama-dramanya yang terdahulu memegang watak wanita berhijab.

Ternyata hidayah Allah itu mampu membuka pintu hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Fathia sudah lama berhasrat untuk menutup aurat dan sering dilihat tampil bertudung atau berselendang.

Walau bagaimanapun, keyakinan dan hidayah yang muncul beberapa hari lalu, menguatkan lagi tekad dan hasratnya untuk menutup aurat secara sempurna yang tertangguh sejak tahun lalu.

“Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.

“Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan.

Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya,” katanya kepada akhbar arus perdana.

artisraya3

Aktres yang pernah memenangi Pelakon Wanita Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 menerusi drama Diandra akui banyak pengorbanan harus dilakukan namun tetap percaya bahawa rezeki itu datang Allah.

“Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung.

“Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.

“Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali,” jelasnya lagi.

Menurut akhbar tempatan itu lagi, Fathia bakal membuka perniagaannya sendiri berasaskan pakaian. Peluang rezeki ini hadir selepas dia menolak beberapa tawaran berlakon kerana diminta oleh pihak produksi untuk menanggalkan hijabnya.

“Saya tidak sangka selepas menolak rezeki berlakon kerana penerbit meminta supaya tidak bertudung, saya dibukakan pintu untuk memasuki dunia perniagaan.

“Saya akan membuka bisnes pakaian tidak lama lagi. Rezeki ini hadir selepas saya berniat untuk bertudung sepenuhnya,” katanya.

fathia5

Fenomena artis bertudung dan permintaan dalam kalangan artis tempatan untuk memenuhi tuntutan syariat Islam seperti untuk tidak bersentuhan bukan mahram diterima baik oleh sesetengah produksi filem atau drama.

Namun ada juga pihak-pihak produksi yang menghendaki para artis memenuhi syarat yang telah mereka tetapkan.

Semuanya terpulang di antara budi bicara kedua-dua pihak dalam memajukan industri hiburan tanah air yang tidak seberapa ini. –  MYNEWSHUB.CC

Tags: ARTIS BERHIJABberhijabDiandraNur Fathia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

4 Gadis Berhijab Memukau Di Asia’s Got Talent

08/03/2019
0

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd