• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Keganasan Tidak Jejas Sektor Pelancongan Negara

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ancaman keganasan yang melanda seluruh dunia tidak menjejaskan sektor pelancongan di negara ini, sebaliknya Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tiada mana-mana negara di dunia yang boleh dikatakan selamat daripada ancaman keganasan.

“Jika kita melihat kepada ancaman pengganas, tidak ada satu negara pun yang terselamat. Kalau nak kata Malaysia sahaja ada ancaman pengganas, itu tidak benar kerana ia turut berlaku di Brussels, Belgium dan Paris, Perancis” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Destination Perak di Pusat Perdagangan Teknologi di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri berkata kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini amat menggalakkan walaupun fenomena El Nino sedang melanda negara.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian peribadi, kebanyakan pelancong antarabangsa gemar berkunjung ke Malaysia kerana mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan cuaca di negara ini.

“Walaupun cuaca panas tetapi bagi pelancong, mereka hendak lari daripada musim sejuk di negara mereka. Tidak seperti di negara Timur Tengah yang sangat panas…di negara ini walaupun suhu mencecah 37 darjah selsius, mereka masih ok,” katanya.

Katanya kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong antarabangsa berjumlah 30.5 juta pada tahun ini dengan jangkaan sumbangan kepada pendapatan negara kira-kira RM103 bilion.

“Pada 2014 negara memperoleh RM72 bilion dengan kedatangan jumlah pelancong seramai 27.4 juta orang manakala tahun lepas, seramai 25.7 juta pelancong telah berkunjung ke negara ini dengan jumlah pendapatan sebanyak RM69.1 bilion,” katanya.

Sementara itu, dalam satu majlis lain, Mohamed Nazri berkata para pemandu teksi perlu mencari ikhtiar untuk memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan jika mahu terus menjadi pilihan pengguna.

Beliau berkata tindakan menuduh Grabcar dan Uber menyekat pendapatan mereka adalah tidak wajar kerana perkhidmatan teksi dalam talian itu sememangnya menawarkan perkhidmatan terbaik.

“Saya sokong Uber, Grabcar kerana ia sesuatu skim yang inovatif dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna.

Bagi kementerian saya, apa yang penting adalah kebajikan pengguna … pengguna adalah raja. Anda tidak boleh menghentikan Uber kalau perkhidmatan yang ditawarkan membuatkan orang awam gembira,” katanya dalam sesi dialog ‘Business Engagement’ Bersama Penggiat Industri Pelancongan di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini.

Pada Selasa, kira-kira 300 pemandu teksi mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkhidmatan teksi dalam talian dan mengakibatkan kesesakan selama dua jam di sepanjang Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd