BEAUFORT- Pekebun dan peladang diseru untuk tidak melakukan pembakaran secara terbuka ketika cuaca kering yang dihadapi di beberapa daerah di Sabah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun turut meluangkan masa melawat Pusat Kawalan Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort kelmarin.

Menurut laporan dari portal New Sabah Times, Datuk Azizah menyeru kepada penduduk sekitar kejadian dan sesiapa sahaja yang terlibat untuk tidak melakukan pembakaran secara terbuka.
“Teguran agar tidak melakukan pembakaran terbuka kebun dan ladang itu bukan saja ditujukan kepada pekebun kecil atau ladang tetapi kepada pemburu,†kata Azizah kepada portal itu.
Selain itu, Datuk Azizah diberitahu kebakaran ini adalah juga berpunca daripada sikap pemburu yang membakar dengan sengaja dan tidak memadamkan bara api sepenuhnya, malah menasihati golongan petani atau pekebun kecil serta peladang agar mengawasi dan menjaga kebun mereka agar tidak musnah akibat kebakaran lapor portal tersebut.
Azizah bersama Pegawai Daerah Mohd Said Othman hadir ke tempat operasi bagi memastikan kebajikan anggota-anggota bomba yang bertugas dalam keadaan baik disampng menghulurkan bantuan sembangan.
“Kita turut memberikan bantuan makan dan air minuman di samping memberikan semangat kepada pegawai dan anggota bomba yang sudah tentu keletihan semata-mata memadamkan kebakaran tidak kira siang atau malam,†tambahnya.
“Kita amat memahami keadaan mereka oleh itu saya selaku pemimpin di sini mewakili rakyat di Parlimen Beaufort amat berterima kasih di atas tanggungjawab yang telah dilaksanakan (bomba),†kata Azizah.

Semantara itu dalam taklimat Penguasa Zon Bomba dan Penyelamat Beaufort Thomson Tommy berkata seramai 55 anggota Bomba dan Penyelamat dari Zon Beaufort, Multiskill Tactical Team dan Special Tactical Operation Search and Rescue Malaysia yang dibantu oleh 36 orang kakitangan Jabatan Hutan Sabah serta lima ahli dari Pasukan Bomba Sukarela telah terlibat bagi operasi memadamkan kebakaran masa kini.
Anggota-anggota ini katanya sedang ditempatkan dan melaksanakan operasi memadamkan kebakaran hutan paya gambut di Binsulok yang telah musnah 200 hektar akibat kebakaran.
Hutan simpan Binsulok berdekatan Kampung Lumaat mempunyai keluasan sebanyak 12,106 hektar. Manakala Hutan Simpan Klias mempunyai keluasan 3,600 hektar dapat dikawal dari terjadinya kebakaran dan pemantauan dilakukan untuk mengelak dari kebakaran.


Thomson berkata kebanyakan peralatan yang digunakan selain samburan air dari udara menggunakan helikopter, Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan pemadaman terdiri daripada 14 pam mudah alih, alat kelengkapan pemadaman Fire Forest dan pam air perhutanan serta lima Water Dam Bomba.



Bekalan air yang digunakan untuk memadamkan kebakaran diambil dari punca air parit yang berdekatan kawasan kejadian. –MYNEWSHUB.CC

