• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tidak Campuri Tugas Peguam Negara,” – Nancy Shukri

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata beliau tidak campur tangan dalam tugas peguam negara atau urusan mahkamah.

Kata Nancy, beliau hanya menjawab soalan bagi Jabatan Peguam Negara di parlimen dan perkara berkaitan mahkamah, disebabkan ia sebahagian daripada portfolio beliau.

“Apa jua yang saya jawab adalah berdasarkan undang-undang. Di Malaysia, peguam negara bukanlah wakil yang dipilih, jadi beliau tidak boleh berada di parlimen.

“Dalam kes saya, saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan menteri undang-undang seperti sesetengah daripada anda (media) melaporkan. Undang-undang menjadi sebahagian daripada tugas saya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

Nancy mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang meminta Nancy menasihati Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya membiar mahkamah menentukan sama ada kuasa pendakwaan beliau adalah mutlak.

Gobind berkata demikian semalam selepas Nancy berkata anggota Parlimen tidak boleh menyoal peguam negara secara terus, melainkan peguam negara adalah wakil yang dipilih atau dilantik.

Nancy menegaskan beliau tidak akan menasihati Mohamed Apandi seperti yang disarankan Gobind memandangkan peguam negara lebih arif tentang undang-undang. – BERNAMA

Tags: Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd