• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maraton Malam Tarik Penyertaan 625 Pasukan

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Edisi sulung maraton malam menggunakan format larian berganti-ganti – ASICS City Relay Kuala Lumpur 2016 (ACR KL 2016) – pada 28 Mei ini dijangka disertai 625 pasukan membabitkan 2,500 peserta.

Ketua Pegawai Eksekutif Spectrum Worldwide Chris Robb berkata konsep baharu larian maraton itu membabitkan empat pelari bagi setiap pasukan.

“Acara akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu maraton penuh dengan jarak 42.195 kilometer (kg) dan separuh maraton 21km.

“Setiap anggota pasukan akan berlari sejauh 10.5km bagi acara maraton penuh manakala untuk separuh maraton, setiap peserta berlari sejauh 5.25km,” kata Robb, yang juga pemilik acara itu serta penganjur ACR KL 2016.

Robb berkata acara itu akan menonjolkan Malaysia sebagai destinasi sukan antarabangsa serta sukan pelancongan.

“Dalam acara ini, pelari akan melalui beberapa mercu tanda Kuala Lumpur seperti Dataran Merdeka, bangunan Sultan Abdul Samad, Parlimen, Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Taman Rama-rama dan Taman Botanikal Perdana,” katanya.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi cityrelay.com.my mulai pukul 2 petang 5 April ini.

Sementara itu, pelari maraton negara, Edan Syah, tidak sabar untuk menyertai acara tersebut.

“Ia adalah sesuatu yang baharu untuk saya. Saya akan memilih beberapa rakan untuk mewujudkan satu pasukan,” kata pelari berusia 29 tahun yang mencatatkan masa terbaik peribadinya pada dua jam 38 minit 15 saat di Maraton Tokyo bulan lepas.

“Ini adalah penyertaan kesembilan saya dalam maraton penuh. Saya menduduki tempat ke-264 daripada 37,000 peserta di Tokyo,” katanya di sini hari ini.

Mengulas mengenai acara maraton yang tidak disenaraikan dalam Sukan SEA 2017, Edan percaya maraton mampu memberi impak besar di negara ini pada masa depan.

“Secara peribadi, saya percaya dengan catatan masa yang dilakukan, saya mampu menyumbang pingat untuk Malaysia dengan adanya latihan yang sistematik. Kebanyakan pelari maraton di negara ini berlatih sendiri,” kata Edan. – BERNAMA

Tags: marathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Peserta Marathon Kuching 2018 Diberi Kawalan Keselamatan

10/08/2018
0

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (12 Ogos) akan diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd