• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Pilih Calon PRU Ke-14 Lebih Awal

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemilihan calon Gerakan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan dibuat sebelum tarikh PRU diumumkan.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata parti itu akan mengutamakan calon berkaliber dan mempunyai kebolehan meluas bagi memastikan peluang untuk menang pada pilihan raya umum itu nanti lebih cerah.

“Jika kita memilih calon lebih awal, calon itu boleh membuat perancangan berhubung strategi yang boleh digunakan dan guna pengalaman mereka untuk mempengaruhi rakyat.

“Ini kerana sesebuah kawasan memerlukan strategi yang berbeza,” katanya semasa merasmikan mesyuarat anggota seumur hidup parti itu di sini hari ini sempena Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan.

Persidangan tiga hari itu dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Menurut Mah, langkah itu penting demi kelangsungan Gerakan dalam dunia politik yang semakin mencabar.

“Ini fakta yang perlu kita terima. Sepuluh tahun lalu, kita mempunyai lebih 40 anggota Parlimen (MP), tapi tahun 2008 kita hanya ada dua MP dan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan selepas 2013, hanya tinggal satu MP dan tiga Adun,” katanya.

Mah turut menekankan pentingnya bekerja keras untuk kepentingan rakyat selain senantiasa mengambil tahu perkembangan dan isu nasional yang menjadi kebimbangan mereka.

“Kita perlu berkhidmat kepada rakyat. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebuah parti politik tanpa kuasa politik sukar mempunyai pengaruh dalam menangani isu dan memberi pandangan,” katanya.

Mah seterusnya mengingatkan perwakilan untuk tidak ‘mudah melatah’ dengan isu yang dimainkan sesetengah pihak, sebaliknya matang dalam menangani dan menjawab isu itu secara berhemah. – BERNAMA

Tags: Gerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd