• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puasa Dan Berlari Atas Treadmill Rahsia Awet Muda Pak Nil

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGACARA popular, Datuk Haji Aznil Nawawi atau mesra disapa dengan panggilan Pak Nil seolah olah tidak dimamah usia walaupun sudah menjangkau separuh abad.

Pak Nil, 54; malah masih lagi kelihatan muda dan menawan selain wajahnya semakin berseri-seri menjadikan timbul tanya dalam kalangan artis dan saudara mara terdekat.

1172752_1668987660028991_1770174789_n(1)

aznil-hj-nawawi

azwan ali 2_1

gemuk ke

Menurut jejaka awet muda ini, dia sendiri tidak tahu akan rahsia awet mudanya itu. Adalah menjadi rutin hariannya untuk menggunakan produk asas penjagaan muka seperti toner, pelembab dan pencuci muka.

“Saya hanya menggunakan tiga penjagaan wajah yang asas iaitu pencuci, toner dan pelembap.

“Apa yang penting, dari dulu sampai sekarang, saya hanya melakukan rutin seharian iaitu mencuci muka sebelum dan selepas daripada bangun tidur,” katanya kepada wartawan sebuah akhbar tempatan.

Tambah Pak Nil lagi, antara rutin hariannya adalah melakukan senaman setiap hari iaitu berlari atas treadmill dan berpuasa. Secara tidak langsung ia dapat bakar kalori dalam badan dan membuat dirinya kelihatan cergas.

12328136_1569475060033600_454061693_n

“Kadang-kadang, ada juga saya berpuasa. Ada satu rutin yang saya mesti lakukan pada setiap hari iaitu berlari di atas treadmill. Dengan kaedah itu, saya akan membakar 300 hingga 600 kalori setiap hari.

“Daripada saya hanya membelek telefon dalam tempoh sejam dua, lebih baik saya berlari. Sekurang-kurangnya, ia membuatkan saya kelihatan cergas,” katanya.

Selaku orang kuat rancangan realiti Astro Ceria Popstar, pengalaman sebagai bapa kepada tiga cahaya mata membantunya memahami kerenah kanak-kanak dan ada cara rahsia yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.

10349770_606525269505863_1325739604_n

10644085_519364128273962_720121275_n

“Salah satu sebab, mungkin kerana saya sendiri sudah mempunyai anak. Dari dulu, saya memang senang bergurau dan bermanja dengan anak-anak.

“Bagi saya, anak-anak senang kalau mahu memberi nasihat.

“Jika saya marah, saya hanya jegil mata saja. Automatik, mereka akan tahu. Jika guna kekerasan atau perkataan, kita tidak boleh kawal sebab kadang-kadang kita lupa kita bercakap dengan anak-anak,” jelasnya. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Awet MudaAznil NawawiCeria PopstarPak Nil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

Pijak Al Quran – Pastikan Hukuman Setimpal, Maaf Sahaja Tidak Cukup 

01/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Artis senior tanah air, Aznil Nawawi, menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa...

Aznil Nawawi Kehilangan Seorang Lagi Abang Kandung

18/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Diuji dengan pemergian dua saudara kandung ke rahmahtullah dalam tempoh sebulan adalah hakikat yang amat berat untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd