APABILA kita menaiki pesawat, kita sering mengharapkan keselesaan tanpa sebarang gangguan dan itulah harapan seorang penumpang di Amerika Syarikat yang menaiki pesawat dari Houston ke Boston.
Dia tanpa ragu-ragu berharap akan memperoleh keselesaan ketika dalam penerbangan domestik itu baru-baru ini.
Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila penumpang di depannya dengan selamba dan tanpa rasa bersalah membiarkan rambutnya terurai di belakang kerusi.
Rambut tersebut malah langsung telah menutup skrin televisyen di belakang kerusinya.
Ia menyebabkan penumpang di bahagian belakang itu berasa tidak gembira.
Disebabkan rasa sakit hati yang keterlaluan, dia telah merakamkan gambar rambut wanita itu lalu memuat naik gambar berkenaan dalam laman Twitter.
“Tahniah kepada wanita muda yang duduk di kerusi 22B. Anda telah mencipta cara baru untuk kelihatan teruk pada ketinggian 35,000 kaki,’’ demikian kicau penumpang terbabit.
Ternyata wanita ini tidak memahami konsep ruang peribadi. – Mynewshub.cc