• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Lihat Sekumpulan Myvi Dipandu Laju Sebelum Kemalangan Berlaku

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Trafik di sini bahawa beliau melihat sekumpulan kereta Perodua Myvi dipandu laju di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), sebelum berlakunya kemalangan tragis yang meragut nyawa tiga beranak, tahun lepas.

Peniaga pakaian sukan, Nuril Izwan Imran, 32, berkata ketika itu dia bersama rakannya yang dikenali sebagai Fikri, dalam perjalanan dari Setiawangsa ke Shah Alam (melalui DUKE) untuk menghantar seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Ustaz Iqbal.

Katanya beberapa minit selepas memasuki Lebuhraya DUKE, beliau menyedari sekumpulan Myvi dipandu dalam keadaan laju dan memotong kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu Fikri di lorong tengah.

“Perjalanan kami dalam keadaan yang tenang dan kami berada di lorong tengah sebelum secara tiba-tiba sebanyak lima hingga enam buah Myvi memotong kenderaan kami.

“Myvi-Myvi itu berada di kiri dan kanan jalan, kenderaan itu laju daripada kenderaan kami,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Nuril Izwan memberi keterangan pada perbicaraan kes dua pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 37, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 32, yang didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian tiga beranak iaitu Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, berumur enam bulan.

Siti Noor Aini dan Mohammad Fizal Reza didakwa melakukan kesalahan itu di Km6 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015.

Lelaki itu merupakan saksi Ke-10 yang dipanggil memberi keterangan pada hari ini dan merupakan antara individu terawal yang berada di lokasi kemalangan maut berkenaan.

Saksi itu berkata selepas melihat sekumpulan Myvi yang dipandu dalam keadaan laju itu hilang dari pandangan, dia dan rakannya meneruskan perjalanan sehingga ke satu selekoh sebelum mendapati banyak kenderaan bergerak dalam keadaan perlahan.

“Apabila lihat ke hadapan, kemalangan sudah berlaku,” katanya sambil menambah dia bagaimanapun tidak nampak bagaimana kemalangan itu berlaku.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Omar Bakhi Ahmad yang mewakili Siti Noor Aini mengenai apa yang dilakukan selepas melihat kemalangan itu, saksi itu berkata beliau dan Ustaz Iqbal keluar dari kenderaan untuk membantu mengutip barangan yang bertaburan di tengah jalan manakala Fikri memakir kenderaannya di tepi lorong kiri.

Kepada soalan Suhaimi bagaimana dia begitu pasti kenderaan yang dipandu laju di Lebuhraya DUKE itu adalah sekumpulan Myvi sedangkan terdapat kenderaan lain juga ketika itu, Nuril Ikmal berkata “kerana kenderaan itu dipandu laju,”.

Pada perbicaraan hari ini Mohammad Fizal Reza diwakili peguam S.N. Seelan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas bersambung pada 13 Jun ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautNahas Duke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd