• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Hadapi 2 Tuduhan Terima RM4,400

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang guru besar sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan menerima RM4,400 dalam bentuk wang tunai dan cek daripada seorang pengusaha kantin, dua tahun lepas.

Ia dipercayai untuk mendapatkan surat sokongan bagi melanjutkan kontrak kantin di sekolah itu.

Mengikut pertuduhan M. Subramaniam, 55, yang ketika kejadian berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang, didakwa menerima cek bernilai RM1,500 tanpa balasan daripada K. Devega, 55, di kantin sekolah itu, antara 11 pagi dan 2 petang pada 30 Jan 2014.

Dia juga didakwa menerima wang tunai RM2,900 tanpa balasan daripada Devega di bilik makan guru kantin sekolah itu, pada 3.15 petang 8 Okt 2014.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Subramaniam yang kini berkhidmat sebagai guru besar di sekolah lain, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Hafezan Mat Zain yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Subramaniam yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan atas alasan dia menanggung isteri dan tiga anak yang masih belajar.

Hakim Slamat Yahya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut menetapkan syarat tambahan iaitu Subramaniam perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. – BERNAMA

Tags: Guru Besarrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd