• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang British Selamba Ambil Gambar Dengan Hijacker

oleh AK-47
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASTI cuak dan panik jika penerbangan yang kita naik tiba-tiba dirampas oleh individu yang memasang bom di badannya.

Namun perkara itu tidak mencemaskan seorang penumpang dari Britain, Ben Innes yang dengan selambanya mengambil gambar bersama si hijacker sambil tersenyum girang.

Semalam, pesawat Egypt Air dirampas lelaki dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa yang dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan keganasan.

Sebaliknya, pihak berkuasa mendakwa Seif bertindak di atas alasan peribadi dalam keadaan emosi yang kurang stabil.

Seif memaksa penerbangan itu yang sepatutnya mendarat di Kaherah, Mesir melencong ke Cyprus dengan tujuan untuk bertemu dan menyampaikan pesanan kepada bekas isterinya yang kini menetap di sana.

Gambar yang diambil Ben kemudian dikongsikan kepada rakannya, Chris Tundogan yang berkata, “Saya tidak pasti tujuan Ben berbuat demikian, tetapi saya bayangkan dia secara sukarela berbuat demikian”.

1

Bagaimanapun, drama rampasan itu berakhir apabila Seif berjaya ditahan selepas dia menyerah diri pada Selasa malam.

Alat letupan yang dipasang di bahagian pinggang Seif juga dikatakan sebagai palsu.

Tiada sebarang butiran terperinci mengenai penahanan itu didedahkan oleh media di sana.

Penerbangan yang dinaiki sebanyak seramai 81 orang itu dirampas oleh Seif yang kemudiannya melepaskan kesemua penumpang kecuali empat penumpang asing dan sembilan krew anak kapal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mesirpesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd