• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Beri Jaminan Sabah Selamat Dikunjungi Pelancong

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan kawasan pelancongan di pantai timur Sabah selamat untuk dikunjungi pelancong.

Beliau berkata pasukan keselamatan sentiasa melakukan kawalan dan rondaan selama 24 jam bagi memastikan keselamatan termasuk di kawasan tarikan pelancongan berada pada tahap terbaik.

Mohamed Nazri berkata bagi memastikan kawasan itu selamat untuk dikunjungi pelancong, beliau melihat sendiri beberapa lokasi pelancongan di daerah ini dan Kinabatangan dalam lawatan kerja enam harinya ke negeri ini.

“Untuk beri keyakinan kepada pelancong bahawa pantai timur Sabah selamat untuk dikunjungi, saya sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan perlu melihat sendiri,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena lawatan kerja beliau di sini, Isnin malam.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.

Antara kawasan pelancongan yang beliau lawati adalah Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo, Pulau Bakkungaan Kecil dan Selingan di Taman Pulau-Pulau Penyu dan Kampung Sukau serta Gua Gumantong di Kinabatangan.

Menerusi lawatan kerja itu, Mohamed Nazri mahu setiap daerah di negeri ini bertindak agresif mempromosi kawasan pelancongan mereka.

Beliau berkata ini kerana daerah-daerah di negeri ini mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai tarikan pelancongan berasaskan ekopelancongan, kebudayaan dan warisan.

Sementara itu, Masidi dalam ucapannya berkata nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh beberapa negara kepada warganya mengenai Sabah tidak menjejaskan peningkatan jumlah pelancong dari luar negara tahun ini.

Katanya sebagai contoh, jumlah kehadiran pelancong dari China ke negeri ini meningkat 24 peratus pada Januari lepas berikutan pelaksanaan penerbangan terus beberapa wilayah China ke Kota Kinabalu.

Beliau berkata terdapat 61 penerbangan setiap minggu dari beberapa wilayah di China ke Kota Kinabalu pada masa ini. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd