• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Paralimpik Negara Ditahan Cuba Seludup Wanita Thai

oleh Ahmad Albab
31/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang atlet paralimpik badminton negara ditahan Jabatan Imigresen kerana dipercayai cuba menyeludup keluar seorang wanita Thailand menerusi pintu sempadan Sabtu lepas.

Ketua Imigresen Bukit Kayu Hitam, Nar Azaman Ibrahim berkata atlet perseorangan lelaki itu yang berumur 28 tahun ditahan bersama wanita tersebut yang berumur 25 tahun di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 6.30 petang.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati cop keluar masuk pada pasport wanita berkenaan adalah palsu.

“Pegawai bertugas lalu meminta lelaki terbabit agar meletakkan kenderaannya di tepi kaunter pemeriksaan untuk diperiksa lanjut, tetapi dia terus memandu keretanya ke pintu sempadan Thailand.

“Tiga anggota Imigresen terpaksa mengejar kenderaan lelaki terbabit bersama wanita itu di dalamnya dan berjaya menahan mereka di tempat letak kereta Kompleks Bebas Cukai kira-kira 500 meter dari kompleks ICQ tersebut,” katanya.

Nar Azaman berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati pasport wanita Thailand itu mempunyai cop palsu.

Beliau berkata atlet berkenaan turut disiasat kerana membenarkan imigran haram berada dalam kenderaannya di samping menghalang tugas anggota penguat kuasa serta mengingkari arahan.

Lelaki terbabit kemudian dibebas jaminan polis sementara kereta Mercedes Benz C200 miliknya disita. – BERNAMA

Tags: OKUseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd