• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembah Sari Nafi Dapat Kontrak RM77 Juta Secara Rundingan Terus

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembah Sari Sdn. Bhd. (Lembah Sari) menafikan dakwaan pemimpin DAP, Tony Pua kononnya syarikat itu menerima kontrak bernilai RM77 juta bagi membekalkan Setem Cukai untuk minuman keras yang diimport daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) secara rundingan terus.

ARTIKEL BERKAITAN: Hishammuddin Tiada Kaitan Kontrak Diterima Adiknya

Lembah Sari dalam satu kenyataan media memberitahu, Lembah Sari mengambil bahagian dalam tender terbuka tersebut dan telah dianugerahkan kontrak berkenaan bagi tujuan mengawal dan memantau hasil kutipan cukai kerajaan.

“Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai hampir 10 tahun pengalaman dan kepakaran dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi melindungi hasil kerajaan, perlindungan jenama dan penyelesaian keselamatan dan produk, kami berkemampuan menyediakan perkhidmatan untuk merekabentuk, mencetak, menyimpan selamat, membekal dan mengedarkan produk keselamatan termasuk setem cukai.

“Syarikat juga membekalkan alat peranti pengesahan yang unik dan mengadakan latihan yang diperlukan,” tegas kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kontrak tersebut dilaksanakan dari tahun 2014 sehingga tahun 2019 dan bernilai RM77 juta atau RM15.4 juta setiap tahun bagi tempoh lima tahun.

Jelas kenyataan itu, butiran tender berkenaan dan penganugerahan telah disiarkan di laman web seperti berikut www.customs.gov.my. – mynewshub.cc

Tags: KastamSyarikat Tempatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd