• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Lakukan Lawatan Kerja Ke Washington DC

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja ke Washington DC dari 29 Mac hingga 4 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Sidang kemuncak itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Walter E. Washington pada 31 Mac dan 1 April, kata kenyataan dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini.

Sidang kemuncak tahun ini akan memberi fokus terhadap langkah melindungi plutonium dan uranium gred senjata bagi mencegah keganasan nuklear.

Semasa lawatan itu, Ahmad Zahid akan mengadakan mesyuarat berasingan dengan agensi berkaitan risikan, termasuk timbalan setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat.

“Isu dibincangkan dijangka berkisar mengenai kerjasama dua hala iaitu isu jenayah rentas sempadan seperti usaha memerangi keganasan dan pemerdagangan orang, termasuk kemajuan kemasukan Malaysia ke dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.

Ahmad Zahid juga dijadual menghadiri satu sesi khas di American University di Washington pada 2 April untuk berkongsi pemikiran dan pandangan beliau mengenai keganasan dan radikalisme.

Sementara itu, sidang kemuncak berkenaan akan mengeluarkan satu kenyataan bersama, yang menyaksikan negara peserta memberi komitmen untuk meningkatkan keselamatan nuklear, mengurangkan ancaman keganasan nuklear dan melindungi semua bahan nuklear rentan.

Sidang kemuncak keselamatan nuklear pertama kali diadakan di Washington DC pada 2010, kemudian di Seoul pada 2012 dan The Hague pada 2014.

Lebih 50 negara dan empat organisasi antarabangsa, antaranya United Kingdom, Australia, China, Mesir dan Jerman, akan menyertai sidang kemuncak keempat ini. – BERNAMA

Tags: WashingtonZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd