• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Adat, Biar Adat Selesaikan – Mohamad

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Apa juga masalah berhubung adat di Negeri Sembilan, biar adat yang menyelesaikannya, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan mengenai masalah adat.

“Kerajaan negeri sebagai pentadbir dan adat memang berdiri bersama-sama tetapi kita tak campur mencampuri antara satu sama lain.

“Jika berlaku perkara sebegitu kita serahkan kepada orang adat atau pun di luak tersebut…malah antara luak pun kita tak boleh campur.

“Kalau Luak Johol biar Undang Luak Johol yang tentukan,” katanya kepada pemberita hari ini ketika mengulas desas-desus kononnya berlaku konflik Undang Luak Johol.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata sebagai pentadbir, kerajaan negeri juga akan menjalankan siasatan sama ada ia berjalan selaras dengan hukum adat.

Katanya, beliau yakin perkara ini akan dibincangkan dalam Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan dewan tertinggi bagi membincangkan perkara itu.

“Jadi, untuk buat masa sekarang kita tak boleh kata apa dan tak boleh nak campur atau buat apa-apa keputusan,” katanya.

Dalam struktur pemerintahan beraja di Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mempunyai fungsi kuasa secara mutlak di luak masing-masing.

Undang Yang Empat adalah bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi menaiki takhta menggantikan baginda Yang di-Pertuan Besar yang mangkat.

Fungsi berkenaan diperjelaskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan iaitu Undang Yang Empat (Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin) adalah pemerintah (The Rulers) bagi Negeri Sembilan bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: Mohamad HasanNegeri Sembilan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd