• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Maut Serangan Pengebom Nekad Di Lahore

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHORE – Sekurang-kurangnya 65 maut manakala beratus lagi cedera yang kebanyakannya kanak-kanak apabila pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah taman taman riadah yang dipenuhi orang ramai di ibu negara Lahore.

Kejadian itu ketika penduduk Kristian meraikan sambutan Hari Easter yang menyaksikan orang ramai beriadah ketika hujung minggu.

Pegawai kerajaan berkata, pengebom melepaskan bom yang dipenuhi bebola besi berdekatan tampat permainan kanak-kanak di taman riadah popular, Gulshan-i-Iqbal.

Saksi memberitahu, mereka mendengar kanak-kanak menjerit dengan orang ramai memapah mereka yang cedera manakala ahli keluarga mencari-cari mereka yang terselamat di taman riadah yang terletak di tengah ibu kota berkenaan.

Doktor menyifatkan keadaan di hospital amat menyedihkan dengan kakitangan hospital merawat mereka yang cedera yang diletakkan di lantai dan anjung hospital dengan pengurusan hospital mengeluarkan posting di Twitter memerlukan bekalan segera darah. “Ia satu serangan berani mati.

Pengebom memasuki kawasan taman riadan dan meletupkan dirinya berhampiran kanak-kanak yang sedang bermain buaian,” kata jurucakap kerajaan, Muhammad Usman.

Penduduk berhampiran, Javed Ali, 35, berkata letupan itu menyebabkan tingkap rumahnya berkecai.

“Selepas 10 minit kemudian saya keluar dari rumah.

Saya lihat cebisan daging manusia berselerakan di dinding rumah.

Orang ramai menangis dan saya dengar siren ambulans,” katanya. “Ramai yang datang kerana Easter dan ramai penduduk Kristian di sana.

Ia sangat sesak dan saya memberitahu keluarga saya agar jangan pergi ke sana,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Tags: letupan bomPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd