• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Kawal Dana Politik Sedang Diteliti Panel

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Penggubalan akta atau undang-undang bagi mengawal sumbangan atau dana politik terhadap parti politik atau individu sedang diteliti sebuah panel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata panel berkenaan kini meneliti akta atau undang-undang berkaitan sebelum memutuskan bagaimana ia perlu dilaksanakan kelak.

“Panel tengah bincangkan undang-undang baharu yang boleh dipakai, kita sedang menanti keputusan itu. Senang nanti jika ada undang-undang baharu itu,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghentikan penerimaan dana politik dari luar negara.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu mekanisme diperlukan bagi memastikan parti politik mendapat dana dari saluran yang betul.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata parti politik patut berhenti menerima dana politik dari luar negara.

Dalam perkembangan lain, Johari menyifatkan kenaikan 4.2 peratus Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2016 merupakan kesan serta-merta daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun lalu.

“Sesetengah para peniaga telah meningkatkan harga terutamanya barang bukan kawalan serta belum membiasakan dengan GST… saya yakin apabila GST menjadi sebahagian daripada sistem GST, maka harga barang-barang akan turun secara automatik,” katanya. – BERNAMA

Tags: dana politik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih 2.0 Gesa Bentang RUU Dana Politik Secepat Mungkin

21/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan politik secepat mungkin. Gabungan Pilihan Raya Bersih...

Kerajaan Akan Bentang RUU Dana Politik Asing

28/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dalam peringkat akhir merangka Rang Undang-Undang (RUU) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd