• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAM, CAP, Nelayan Gesa Henti Projek Ternak Udang

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) serta nelayan di sini, menggesa projek ternakan udang di kawasan itu dihentikan kerana didakwa menjejaskan alam sekitar dan hasil tangkapan laut.

Pegawai Luar Bandar CAP, Zulkifli Yusuf mendakwa hasil tangkapan lebih 1,000 nelayan pantai di jeti Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Jalan Bahru, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong di sini terjejas sejak projek itu bermula.

Katanya masalah yang berlarutan lebih 10 tahun lalu itu kini semakin serius apabila pengusaha memperluaskan kawasan ternakan udang hingga memusnahkan sebahagian besar kawasan paya bakau di situ.

“Kerajaan Pulau Pinang perlu ambil tindakan segera hentikan projek ini kerana pendapatan nelayan pantai terjejas akibat paya bakau musnah dan pembuangan sisa beracun dari kolam itu,” dakwanya kepada pemberita semasa meninjau kawasan kolam udang di Kuala Jalan Bahru, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PEN Mutiara) Md Zainol Ajamin berkata kawasan bakau jenis api-api di kawasan itu hanya tinggal kira-kira 25 meter dari pantai dan dipercayai tidak akan mampu menghadang ombak besar seperti tsunami.

“Projek ini perlu dihentikan dan kawasan bakau ini perlu dipulihkan dan ditanam semula bagi mengelak kejadian buruk berlaku terutama jika berlaku ombak besar seperti tsunami,” katanya. – BERNAMA

Tags: udang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular: Bukan Cacing Dalam Kepala Udang

13/08/2018
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) percaya objek seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang seperti dalam satu...

Awas! Udang Palsu Masuk Pasaran KL

30/05/2017
0

SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia dan ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd