• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Digi Bagi Staf Wanita Cuti Bersalin 6 Bulan Dengan Gaji

oleh
26/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Objektifnya adalah bagi menggalakkan kakitangan wanita dalam bidang digital, bukan sahaja warga kerja Digi malah para pelanggan syarikat telekomunikasi tersebut dan keseluruhannya.”

Itu kata Ketua Pegawai Seliaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Siti Fauziah Abu berhubung pengenalan program cuti bersalin dengan bergaji penuh selama enam bulan kepada semua petugas wanitanya mulai tahun ini.

Ia bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada 8 Mac lalu. Sekali gus, Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia melakukannya bagi tujuan menggalakkan penglibatan wanita dalam sektor digital.

digi2

Menurut Siti Fauziah, dasar cuti bersalin itu juga membuatkan Digi bukan sahaja sebagai syarikat yang menarik untuk bekerja, tetapi juga tempat wanita boleh membina kerjaya dan seterusnya mengisi barisan kepimpinan.

Selain itu, Digi katanya, turut melancarkan beberapa inisiatif khusus bertujuan untuk memperkasakan kaum Hawa melalui kuasa internet antaranya Women Inspiration Network (WIN) dan Wanita Era Digital (WED).

Beliau berkata demikian selepas forum anjuran Digi bertajuk ‘Memajukan Wanita Di Bidang Digital Dan Tempat Kerja’, bagi mengupas cabaran dan peluang yang dihadapi oleh wanita dalam tenaga kerja pada Jumaat.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: FB Umum Cuti 4 Bulan Staf Dapat Bayi Baharu

Juga: Virgin Beri Cuti Setahun Bergaji Staf Jadi Bapa

Lagi: UK Cuti Bergaji Jika Bapa Tolong Bini Jaga Bayi

Dan: China Beri Cuti Senggugut, Taiwan Pula Cuti Haid

Tags: cuti bersalinDiGi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

Cuti Bersalin 98 Hari, Kerja 45 Jam Seminggu Mulai 1 Januari, Tiada Tangguh Lagi

21/12/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd