• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hatsune Yanai Wakil Dari Jepun Johan PABM 2016

oleh AK-47
30/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wakil dari Jepun, Hatsune Yanai dinobatkan juara bagi kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Dengan kemenangannya itu, Hatsune, 21, yang membawakan tajuk pidato ‘Ilmu Keamanan Yang Seimbang Kunci Kebahagiaan Manusia’ berjaya membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, wang tunai RM20,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

25244f4d-7f3a-4b24-84c0-c32624f06583
Hatsune Yanai, 21, wakil daripada Jepun.

Naib johan kategori Antarabangsa pula dimenangi peserta dari China, Wang Jialu atau nama Melayunya, Aleeya, 20, sekali gus memenangi piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iringan dan sijil.

d361f39c-7b0e-41ba-ad8e-3180de64a32e
Wang Jialu @Aleeya, 20, wakil daripada China.

Peserta dari Amerika Syarikat, Megan Rose Donelly, 27, pula sekadar meraih tempat ketiga dengan membawa pulang piala iringan, wang tunai RM8,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

c4025f83-8075-4038-add7-1def8e5f1b30
Megan Rose Donelly, 27, wakil daripada Amerika Syarikat.

Bagi kategori Alam Melayu pula, penuntut dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Haziq Jamaludin, 23, yang mengangkat tema pidato ‘Rahsia Keamanan’ berjaya memukau juri sehingga dinobatkan juara.

3c4e2882-abc4-4b61-a7fa-4d362c59412d
Muhammad Haziq Jamaludin, 23, pelajar Uitm.

Seorang lagi peserta Malaysia, penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Irfan Faruqi Mohd Fairus, 21, bergelar naib johan dengan mengangkat tema ‘Peranan Mahasiswa Mendepani Cabaran Dunia Baharu’.

4992a89b-aa85-4785-a623-249529f22999
Irfan Faruqi Mohd Fairus, 21, pelajar USIM.

Peserta termuda PABM, Muhammad Sa’mae, 19, dari Thailand pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan mempertaruhkan ‘Perkasa Bahasa Melayu Bermulanya Di Mana‘ sebagai teks pidatonya.

94f2163b-8bad-48f6-a4f6-15294ba2a831
Muhammad Sa’mae, 19, wakil dari Thailand.

Buat kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula, penuntut Universiti Malaysia Serawak (UNIMAS), Abdalla Hassan Gharib, 36, dari Tanzania diumumkan sebagai juara mengalahkan dua pesaing, Nasear Slayman, 31, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat kedua sementara wakil Universiti Malaysia Pahang (UMP), Anas Mohamad Husian, 26, dari Iraq di tempat ketiga.

8be5684f-f402-48c2-8fdc-48be6c77d8e5
Abdalla Hassan Gharib, 36, pelajar UNIMAS.
b4217cf5-3dff-4fb6-9af2-e45d1b9753e8
Nasear Slayman, 31, pelajar dari UIAM.
d1e33209-4d97-46a0-8f32-3e0f50f4952d
Anas Mohamad Husian, 26, pelajar UMP.

Kesemua peserta membawa pulang ganjaran yang sama bagi setiap kategori masing-masing.

Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut merasmikan pertandingan hasil cetusan ilham beliau sendiri dan sudah memasuki tahun ke-10 penganjurannya.

d7f3fc8e-6455-4d70-8bad-955fea0a2853
Juara bagi tiga kategori yang dipertandingkan, (dari kiri); Abdalla Hassan Gharib, 36, Hatsune Yanai, 21 dan Muhammad Haziq Jamaludin, 23.

Seramai 47 peserta dari 34 buah negara mengambil bahagian dalam pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2016 yang bermula Isnin lalu, namun hanya sembilan peserta yang layak ke peringkat akhir.

Pertandingan PABM 2016 peringkat akhir diadili oleh tujuh juri profesional terdiri daripada tokoh dan pakar bahasa itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di saluran TV2. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PABM 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peserta PABM 2016 Berkunjung Ke Dewan Bahasa & Pustaka

26/03/2016
0

PARA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 dibawa ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Jumaat...

Peserta PABM 2016 Dirai Di Seri Perdana

26/03/2016
0

PUTRAJAYA - Seramai 47 orang peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2016 diraikan isteri Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd