• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Banglo: DAP Tak Mahu Guan Eng Bercuti

oleh AK-47
25/03/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan isu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglonya bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn di sini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu depan.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo telah menghubungi SPRM untuk mengatur satu sesi temu bual dalam masa terdekat.

Beliau berkata ketua menteri, pemimpin-pemimpin negeri, pegawai kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan isu itu.

“Itulah komitmen kami supaya SPRM dapat jalankan siasatan dengan telus dan bebas. Kami juga tidak akan mengganggu kerja-kerja yang patut dijalankan oleh SPRM,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat parti itu hari ini yang turut dihadiri Guan Eng,‎ berpendapat Ketua Menteri tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

Gobind berkata, SPRM memberitahu ia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengumpul maklumat sebelum memanggil Guan Eng untuk diambil keterangan.

“Semalam mereka ada datang ke pejabat beliau (Guan Eng) ambil dokumen dan saya telah beritahu SPRM sekiranya mereka perlukan apa-apa dokumen lain boleh hubungi saya. Kemungkinan besar mereka akan minta ketua menteri bagi keterangan minggu depan untuk tujuan itu,” katanya.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin. – Bernama

Tags: Guan EngLim Guan EngSkandal Banglo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd