• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cheng Ho Gembira Anak Buah Bebas Dari Kecederaan

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jurulatih Kedah tan Cheng Hoe merasa lega tiada pemain utamanya yang cedera atau digantung perlawanan sebelum mereka bertemu Pahang pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di tempat sendiri Ahad ini.

Beliau berkata pemainnya sedang menjalani latihan seperti biasa dalam usaha bagi memperoleh jumlah gol yang selesa dalam perlawanan pertama sambil menyedari Pahang merupakan juara bertahan kejohanan dan juara Piala FA musim ini.

“Motivasi saya kepada setiap pemain ialah fokuskan kepada permainan. Kita telah kenal pasti beberapa kelemahan terutama di bahagian tengah bagi memastikan perancangan dan strategi yang diatur dapat menyumbang gol kemenangan sebagai bekalan untuk bertandang ke Pahang nanti.

“Pemain muda kita juga tidak konsisten permainan mereka sebelum ini dan kita mahu mereka memberi persembahan terbaik seperti yang ditunjukkan ketika menentang Kelantan pada saingan suku akhir,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, beliau berharap tonggak utama iaitu Badrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan pemain import Billy Mehmet Osman mampu untuk merancang dan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

“Walaupun Khyril Muhymeen tidak cergas sepenuhnya, tetapi kita harapkan sesuatu daripadanya untuk membantu pasukan. Kita harap pemain muda berani untuk melakukan percubaan yang boleh menghasilkan gol,” kata Cheng Hoe.

Bagi perlawanan separuh akhir kedua, ia akan berlangsung di Kuantan pada 24 Oktober. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd