• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Bernama Biro Pahang Dipecah Masuk

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Pahang di Jalan Berserah di sini dipecah masuk malam tadi.

Pemeriksaan awal mendapati wang panjar pejabat lebih RM1,000 dan server kamera litar tertutup hilang dalam kejadian itu, kata pembantu tadbir Zafri Razali, 32.

Katanya apabila tiba untuk bekerja 8 pagi, beliau merasa curiga apabila keadaan di tangga menuju ke tingkat satu pejabat dalam keadaan gelap.

“Sebaik tiba, saya terkejut apabila mendapati kaca bertaburan di lantai dengan pintu pejabat terbuka,” katanya.

Zafri berkata pejabat didapati berada dalam keadaan berselerak dengan kesemua laci meja petugas termasuk bilik Ketua Biro Bernama Pahang Noor Shamsiah Mohamad digeledah.

Beliau kemudian menghubungi ketua biro dan kakitangan lain, bagi memaklumkan kejadian itu.

Katanya penjenayah turut melarikan server CCTV dan memutuskan semua bekalan elektrik dipercayai untuk mengelak perbuatan itu dikesan.

Satu laporan polis kemudian dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira 9.30 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd