• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bengang Dituduh Melacur, Vivian Suruh Alvin Henti Khabar Angin

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penulis blog kontroversi, Alvin Tan mendakwa bekas teman wanitanya, Vivian Lee menawarkan perkhidmatan teman sosial (escort).

Alvin yang lari dari jaminan untuk mencari suaka politik di Amerika Syarikat membuat dakwaan tersebut dalam Facebooknya pada Khamis.

“Jadi sumber saya memberitahu Vivian kini menjadi seorang escort,” kata Alvin, yang kini berada di Los Angeles.

Apabila pengguna Facebook, Desmond Chiew bertanya adakah sumber tersebut adalah pelanggan Vivian, Alvin berkata ‘lebih kurang begitu’ tetapi merahsiakan pemberi maklumat itu.

Seorang lagi pengguna laman media sosial itu, Owayne Khoo bertanya sama ada ini bermaksud berakhirnya rancangan bual bicara mereka, Alvivi, seperti mana yang diakui bekas teman wanitanya.

“Itu adalah bahagian kesukaan saya dalam pengembaraan Alvivi. Tidak hanya sekadar unsur lucah, tumpuan media dan parti seks.

“Bagaimanapun, saya tidak berkomunikasi dengan Vivian lagi,” kata Alvin.

Salah seorang pengguna Internet, Keith Liew tidak menolak kemungkinan bahawa iklan perkhidmatan teman sosial dipalsukan untuk menjatuhkan Vivian yang kini dilaporkan bekerja di sebuah pejabat.

Sementara itu, menerusi laman Facebooknya, Vivian membidas dakwaan dilemparkan Alvin kepada dirinya.

Vivian mempertikaikan kesahihan maklumat dari sumber bekas teman lelakinya itu dan mengecam pengguna Internet yang percaya dengan dakwaan kononnya dia memperincikan bayaran perkhidmatan teman sosial yang ditawarkannya.

Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana ‘ucapan Ramadan’ yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.

Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian-Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!) yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada Ogos lalu.

Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. – mStar Online

Tags: Alvin Tan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd