• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Tentera Laut AS Hilang 95 Tahun Dijumpai Semula

oleh
26/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Conestoga yang hilang 95 tahun lalu bersama-sama dengan 56 anak kapalnya ditemui terdampar di luar San Francisco, California baru-baru ini.

Ia sekali gus mengakhiri misteri terbesar dalam sejarah tentera laut AS sendiri. Kapal jenis bot tunda itu hilang pada 25 Mac 1921 sebaik sahaja berlepas dari San Francisco ke pangkalan Pearl Harbor, Hawaii di Lautan Pasifik.

USS Conestoga merupakan kapal tentera laut AS terakhir yang hilang ketika dalam keadaan aman, kata jurucakap tentera laut dan Pentadbiran Atmosfera Laut Kebangsaan (NOAA) dalam satu kenyataan media bersama.

“Selepas hampir seabad diselubungi misteri, kehilangan USS Conestoga tidak lagi misteri,” kata Penolong Setiausaha Perdagangan untuk pemantauan isu alam sekitar dan Timbalan pentadbir NOAA, Manson Brown.

Bangkai kapal itu mulanya dikesan pada 2009 dengan kedalaman 58 meter dari paras laut oleh pasukan kajian NOAA yang kebetulan bertugas berhampiran Kepulauan Farallon, kira-kira 48 kilometer ke barat San Francisco.

crew

Kedudukan USS Conestoga dijumpai berada empat kilometer di luar tenggara gugusan Farallon yang terletak di Taman Perlindungan Marin Greater Farallones sebelum ia dikenal pasti secara positif sekitar Oktober 2015.

Pakar percaya kapal tersebut mungkin tenggelam ketika anak-anak kapal cuba bertungkus-lumus untuk sampai ke kawasan perairan teluk yang agak terlindung selamat ketika mereka dibadai ribut kuat waktu itu sebelum karam.

Usaha mencari kapal itu pernah mendapat perhatian luas media AS selama beberapa bulan, seperti pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dua tahun lalu ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada mayat anak kapal ditemui tetapi bangkai tersebut dilindungi undang-undang tempatan yang melarang keras sebarang gangguan ke atas sebarang penemuan kapal dan kapal terbang tentera AS yang tenggelam di laut.

USS Conestoga meninggalkan San Francisco menuju ke Pearl Harbor dengan destinasi terakhir, Tutuila di Pulau Samoa Amerika. Tentera laut AS mengisytiharkan USS Conestago dan anak kapalnya hilang pada 30 Jun 1921. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HawaiiNOAAtentera laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

14/12/2022
0

HONOLULU, HAWAII – Puteri terakhir Hawaii dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Ribut Matahari Diramal Landa Bumi Esok

13/03/2022
0

WASHINGTON – Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) meramalkan 80 peratus kebarangkalian ribut Matahari kuat akan melanda Bumi pada esok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd