• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Penjualan Barang Seludup Di Sabah, Sarawak Serius

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Aktiviti penjualan barang seludup seperti rokok dan minuman keras di Sabah dan Sarawak berada pada tahap serius, kata Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Matrang Suhaili.

Beliau berkata ini berdasarkan statistik yang diperoleh jabatan itu menunjukkan aktiviti penjualan barang seludup di kedua-dua negeri berkenaan adalah sangat tinggi.

“Justeru, (Kastam) memberi tumpuan khusus kepada Sabah dan Sarawak (untuk membanteras aktiviti penjualan barang seludup) pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Pacak 2016 peringkat negeri Sabah di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Matrang berkata, pihaknya telah merampas lebih 70 juta batang rokok seludup di seluruh negara yang dianggarkan bernilai RM7.74 juta untuk dua bulan pertama tahun ini.

Di Sabah pula, katanya, sebanyak 841,780 batang rokok seludup dirampas yang dianggarkan bernilai RM100,410 bagi tempoh yang sama.

“Jumlah itu adalah hasil daripada 184 pemeriksaan yang dibuat di seluruh negeri dan daripada pemeriksaan itu, sebanyak 182 kes direkodkan masing masing 77 kes tangkapan dan 105 kes rampasan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kastam tidak akan berkompromi dalam hal itu dan akan mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Kastam 1967 ke atas peniaga yang didapati bersalah.

Mengenai Op Pacak, Matrang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah untuk menjalankan operasi itu selama tujuh hari di beberapa lokasi termasuk di Sinsuran, Putatan dan Inanam.

Kastam juga memperkenal beberapa pendekatan baharu bagi membanteras aktiviti itu termasuk mengambil tindakan membatalkan lesen premis perniagaan kepada peniaga yang didapati bersalah dan lesen penyewaan peniaga yang menyewa bangunan dimiliki kerajaan ditarik balik.

Selain itu, lesen perniagaan pekedai atau peruncit yang menyewakan premis kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) juga akan ditarik, dan PATI terbabit akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas menjalani hukuman, katanya. – BERNAMA

Tags: Kastamseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd