• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Bulan Penumbra Malam Ini

oleh AK-47
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penumbra yang pernah dikaitkan dengan pelbagai mitos, hari ini.

Gerhana bulan itu berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama melintasi bayang bumi.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam kenyataannya berkata, kitaran penuh fenomena itu bermula pada jam 5.39 petang (23 Mac) apabila bulan mula memasuki zon penumbra, iaitu bayang-bayang yang terhasil apabila pancaran matahari dihalang oleh bumi.

“Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 7.47 malam dan fenomena itu dijangka berakhir pada jam 9.59 malam selepas bulan mulai keluar dari zon penumbra.

“Orang ramai disaran melihat arah timur menggunakan binokular atau teleskop, iaitu arah bulan terbit untuk menyaksikan kitaran penuh fenomena ini.

“Ada kemungkinan gerhana bulan tidak jelas jika dilihat dengan mata kasar disebabkan zon penumbra bumi yang kurang gelap berbanding bayang-bayang umbra bumi,” katanya seperti yang dilaporkan portal Berita Harian.

Umbra bumi berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus.

Keadaan itu mewujudkan umbra bumi berikutan cahaya dipancarkan matahari dihalang oleh bumi.

Mengikut kenyataan itu, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena yang pertama seumpamanya tahun ini menerusi program Gerhana Bulan Penumbra di Planetarium Negara.

“Program anjuran ANGKASA bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pembekal Peralatan Starfield ini akan bermula pada jam 7.30 malam.

“Ia bertujuan memberi pendedahan, selain menanam minat terhadap ilmu astronomi dalam kalangan masyarakat apabila menyaksikan fenomena gerhana ini.

“Fenomena gerhana bulan yang kedua tahun ini dijangka berlaku pada 17 September depan,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Tags: gerhana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bulan Berdarah’ Paling Lama Muncul Esok

26/07/2018
0

LONDON - Bulan berdarah akan muncul pada waktu malam di banyak lokasi dunia esok dalam fenomena yang menyaksikan ia bergerak...

Jom Saksikan Gerhana Bulan Penuh 31 Januari Ini

01/02/2018
0

KALI terakhir rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan tiga fenomena alam secara serentak yang berlaku ke atas bulan iaitu 'Super Blue Blood-Moon'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd