• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Kanan Bernas Dituduh Terima Rasuah RM73,000

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bekas pegawai kanan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM73,000 bagi mendapatkan kuota beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) untuk pihak ketiga pada 2013 dan 2014.

Hassin Mad Zin, 54, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.

Dia dituduh menerima suapan RM9,000 daripada pemilik WH Awana Enterprise melalui akaun Bank Islam cawangan Alor Setar pada 1.38 tengah hari, 6 Ogos 2014 bagi mendapatkan 30 tan beras ST15 bagi bulan Julai tahun sama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April bagi sebutan semula kes.

Di mahkamah sama, Hassin mengaku tidak bersalah terdapat lima pertuduhan menerima suapan RM12,800 pada September, Oktober, November, Disember 2013 dan Januari 2014 daripada pemilik Syarikat Berkat Zarul Enterprise sebagai dorongan mendapatkan 40 tan beras ST15 bagi syarikat itu bagi bulan September, Oktober dan November dan dua kali bagi Disember daripada kementerian sama.

Tertuduh didakwa menerima suapan itu menerusi akaun Bank Islam Cawangan Guar Chempedak, Gurun pada 11 Sept, 9 Okt, 8 Nov, 5 Dis 2013 dan 7 Jan 2014.

Zanol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 April untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohamad Sofee Razali dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A.Hafiizh Abu Bakar daripada SPRM.

Bagi semua pertuduhan itu, Hassin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. – BERNAMA

Tags: mahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd