• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Hina Sangat Ke Kahwin Dengan Orang Tua?”

oleh AK-47
24/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

“HINA sangat ke kahwin dengan orang tua”, kata Nur Nasirah Nazri yang berusia 18 tahun dan baharu berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun, Ismail Lambak baru-baru ini.

Nur Nasirah membuat komen tesebut susulan gambar-gambar perkahwinannya menjadi viral di Facebook sehingga mendapat komen negatif daripada netizen yang mempersendakan perkahwinan pasangan itu.

“18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha,” tulis sebuah laman fan page di Facebook yang disertai dengan emoticon gelak ketawa.

Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.

kawen

 “Terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak. 

“Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap. 

“By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

“Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin,“ katanya.

Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini ambil pendirian untuk berdiam diri, namun disebabkan gambar dia dan suaminya dijadikan bahan jenaka, menyebabkan hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu.

Gambar perkahwinan pasangan bahagia ini turut membuatkan selebriti dan pengacara terkenal, Faisal Ismail berkongsikan di ruangan Facebooknya sambil mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kpd Pak Cik Ismail Lambak 62 yang kahwin dengan gadis comel 18 tahun… inilah dinamakan jodoh, jangan jeles-jeles..jadikan inspirasi.. eh?,” katanya di laman Facebooknya.-MYNEWSHUB.CC

Tags: kahwinpasangantua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Durjana Tergamak Rogol 2 Anak

Polis Tumpaskan Kegiatan Seks Bertukar Pasangan, Tahan 36 Individu

30/08/2024
0

Kuala Lumpur: Penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi antara 36 yang dtahan kerana disyaki terbabit aktiviti persundalan seks bebas...

Pasangan Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Dengan Motosikal Hilangkan Diri

Pasangan Bawa Anak Pakai Alat Pernafasan Dengan Motosikal Hilangkan Diri

26/05/2024
0

ALOR SETAR : Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd