• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Pertimbang Lakukan Pembenihan Awan Tangani Cuaca Panas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani keadaan cuaca panas dan kering yang dialami sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Namun beliau berkata usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca yang membolehkan pembenihan awan untuk mewujudkan awan kumulonimbus dilakukan.

“Selain itu kerajaan negeri pula perlu mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kawasan hutan dan belukar tidak diceroboh dan mencegah kebakaran terbuka,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan kebakaran terbuka dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan negeri mesti mengambil tindakan untuk membendung perbuatan ini, tambahnya.

Bagi penyelesaian jangka panjang untuk memperoleh air, beliau berkata telaga tiub bolah diadakan sebagai alternatif untuk pengaliran dan simpanan sumber air.

“Air boleh disedut dari telaga tiub di bawah tanah pada musim biasa atau kemarau sepanjang tahun untuk dialirkan ke kawasan kering pada musim panas,” kata Shahidan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan minum banyak air bagi memastikan badan mereka tidak mengalami hidrasi.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering akibat fenomena El-Nino berakhir pada bulan Mei atau Jun ini. – BERNAMA

Tags: cuaca panasPembenihan Awan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd