• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Baharu MH370 Ditemui Di Afrika Selatan?

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Serpihan baharu, kemungkinan dari bahagian “Inlet Cowling” enjin pesawat ditemui di pantai Afrika Selatan di selatan negara itu, dekat bandar Mosselbay hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan dan analisis lanjut perlu dijalankan bagi mengesahkan sama ada serpihan itu milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sedang berhubung rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA) mengenai perkara itu.

“Satu pasukan akan dihantar ke kawasan tersebut untuk mengambil serpihan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Liow berkata Kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini apabila maklumat baharu diperolehi, kata beliau.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, usaha mencari dijalankan di selatan Lautan Hindi selepas disahkan bahawa penerbangan pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Awal bulan ini, dua serpihan ditemui di Mozambique dan proses memeriksa serpihan-serpihan tersebut dijadual bermula di Australia.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dibantu dalam pemeriksaan dan analis serpihan oleh pakar-pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Boeing bagi mengesahkan keasalan serpihan tersebut.

Setakat ini, satu-satunya serpihan MH370 yang ditemui ialah sebahagian daripada bahagian sayap pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion pada Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd