• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rolls-Royce Sasarkan Golongan Muda Malaysia

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Malaysia kekal sebagai pasaran penting untuk Rolls-Royce Motor Cars Ltd dengan model baharu kereta mewah itu menarik lebih ramai golongan muda Malaysia kepada jenama berkenaan.

Pengarah Serantau Untuk Asia Pasifik, Paul Harris berkata, pasaran Malaysia menepati semua pelan dan jangkaan ditetapkan syarikat walaupun negara itu terjejas dengan pelbagai isu ekonomi.

Masih terdapat permintaan tinggi untuk kereta Rolls-Royce di Malaysia, terutama tawaran baharunya yang disesuaikan untuk generasi muda, katanya.

“Bagi Malaysia, asas sokongannnya ialah ia mempunyai ramai penduduk dengan kekayaan yang banyak. Bagi kami, pasaran Malaysia masih menguntungkan,” katanya kepada Bernama dalam temubual di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok di sini, hari ini.

Rolls-Royce Cars, katanya, mempunyai bilik pameran di Kuala Lumpur. Satu untuk kereta baharu dan satu lagi untuk program kereta terpakai dijamin sepenuhnya yang menarik permintaan kukuh daripada pelanggan tempatan.

Walaupun hanya mempunyai dua bilik pameran di Malaysia, syarikat itu sangat aktif mencari pelanggan baharu di seluruh negara, katanya.

“Kami sangat aktif di seluruh negara, dari Melaka ke Pulau Pinang, kami pergi ke mana sahaja pelanggan berada, di Sabah dan di semua tempat di mana orang kaya berada,” kata Harris.

Mengenai apa yang peminat Rolls-Royce di Malaysia boleh jangkakan dalam beberapa bulan akan datang, beliau berkata, syarikat itu akan membawa model kereta berhud terbaru, “Dawn”, yang menarik minat mendalam daripada rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Jualan Serantau Rolls-Royce bagi Asia Selatan, Sven J.Ritter berkata, Asia menjadi satu daripada pasaran paling penting untuk kereta Rolls-Royce dengan benua itu mencatat pertumbuhan jualan 13 peratus tahun lepas.

Tahun lalu, lebih 3,700 kereta Rolls-Royce dijual di seluruh dunia, katanya. – BERNAMA

Tags: Rolls-Royce
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GINTELL DeSpace Royale Blue, The Best In Luxurious And Healthy Lifestyle

02/11/2018
0

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing the best in healthy lifestyle? If your...

Rolls-Royce Perkenal Black Badge Di Pasaran Malaysia

26/10/2018
0

ISKANDAR PUTERI - Pengeluar eksklusif kereta mewah Rolls-Royce, iaitu Rolls-Royce Motors Cars Limited melancarkan model terbaru, Black Badge di pasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd