• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matlamat Perjuangan Kerajaan Bukan Untuk Kejar Kuasa

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan matlamat perjuangan kerajaan pada hari ini bukan untuk mengejar kuasa.

Sebaliknya, beliau berkata kuasa hanya sebagai alat yang digunakan untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Sebagai contoh, beliau berkata program seperti Jelajah Pendidikan Bumiputera merupakan pendekatan dan idea baharu untuk kerajaan membantu memberi peluang kepada rakyat daripada keluarga miskin berjaya dalam pelajaran.

“Kita (kerajaan) jangan tunggu orang datang pada kita, jangan tunggu mereka tulis surat pada kita, jangan sampai mereka ketuk pintu pejabat kita…kena gerakkan jentera di setiap pelusuk negara kerana selagi ada insan yang ingin belajar atau berjaya, dia mesti diberi peluang.

“Bila ada orang tanya, apa yang beri kepuasan tidak terperi kepada saya, saya jawab kepuasan yang mendalam ialah bila saya dapat lihat bantuan kita (kerajaan) curahkan berjaya menjadikan seseorang insan daripada keluarga yang daif, miskin menjadi insan yang berjaya dan cemerlang,” katanya ketika melancarkan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 di sini hari ini

“Ini adalah deklarasi rakyat yang tulen, yang bermakna…kita tidak buat deklarasi atas kertas tetapi kita buat program yang boleh ubah destini anak bangsa,” kata Najib.

Sebab itu, kata beliau, jangan rakyat terbawa-bawa sikap suka berdemonstrasi sana sini, berkumpul dan membuat deklarasi tanpa tujuan.

“Nak buat apa?” tanya beliau.

Perdana menteri pada hujung minggu lepas berkata rakyat negara ini tidak perlu mempedulikan gerakan pembangkang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan ‘deklarasi Mahathir’ kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Kira-kira 3,000 pelajar, penduduk tempatan dan kakitangan kerajaan menghadiri program anjuran Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia, Yayasan Destini Anak Bangsa dan Koperasi Profesional Putrajaya (Koprojaya)itu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Tetamu lain ialah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar; Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Tan Sri Prof Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali.

Perdana menteri berkata program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 menyasarkan dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada 150,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mengubah kehidupan mereka dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Katanya program berkenaan adalah susulan keberkesanan program Jelajah Destini Anak Bangsa sebelum ini dan beliau menyasarkan faktor kejayaan sebanyak 96 peratus.

“Sejak lima tahun lepas, program Jelajah Destini Anak Bangsa berjaya membantu 30,000 lepasan SPM dan STPM yang tercicir daripada mendapat pendidikan di peringkat tinggi kerana kekangan kewangan,” jelas beliau.

Perdana Menteri berkata beliau sudah memperuntukkan dana berjuta ringgit untuk membantu program sedemikian dan akan menambah peruntukan pada masa akan datang.

Najib dalam pada itu memberi khabar gembira kepada penduduk Kuala Selangor apabila mengumumkan pembinaan beberapa prasarana baharu di daerah itu, iaitu Pusat Transformasi Luar bandar (RTC), Kolej Komuniti, Sekolah Menengah Saujana Utama 2, bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah dan Hospital Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menaik taraf sistem pendawaian di sekolah-sekolah lama di daerah itu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd