• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino: MARDI Tangguh Jadual Penanaman Padi

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Jadual penanaman padi di kawasan Seberang Perai Utara untuk tahun ini akan ditangguhkan berikutan fenomena El Nino yang berlarutan dari awal tahun menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak dapat membekalkan air.

Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Seberang Perai Utara Azmi Abdul Razak berkata sawah-sawah yang diguna untuk penyelidikan dan tanaman padi telah kekeringan sejak awal bulan ini.

Beliau berkata proses penuaian padi dilakukan Januari lepas dan sepatutnya penanaman akan bermula akhir Mac atau awal April tetapi sehingga kini belum dapat dimulakan kerana tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

“Kelewatan ini menyebabkan jadual penanaman padi terpaksa ditangguh sehingga mendapat bekalan air daripada JPS,” katanya kepada pemberita selepas lawatan exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat kira-kira 5,100 pesawah di Seberang Perai Utara dengan keluasan 850 hektar tanah dan MARDI mempunyai lebih kurang 80 hektar tanah yang dijadikan tapak pembenihan padi.

Azmi berkata terdapat dua Pusat MARDI di negara ini yang mengeluarkan benih padi kepada petani iaitu di Kepala Batas dan di Parit, Perak.

“Setiap tahun, MARDI Kepala Batas mengeluarkan lebih 80 tan benih padi asas dan kami yakin penangguhan penamanan padi akibat kekurangan air ini tidak akan menjejaskan pengeluaran padi atau pengeluaran benih padi,” katanya.

Menurut laporan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, fenomena El Nino yang melanda seluruh negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Jun.

Sementara itu, Dr Afif berkata penangguhan jadual penanaman padi itu dijangka berlarutan sehingga sebulan dan hujan diramal pada pertengahan bulan depan.

Beliau berkata bekalan air yang berkurangan di sungai menyebabkan rumah pam di Pinang Tunggal gagal menyedut air dan salur kepada MARDI.

“Bekalan air di sungai hanya setinggi 1.8 meter sedangkan rumah pam di Pinang Tunggal memerlukan ketinggian minimum air dua meter sebelum ia dapat disedut dan disalurkan,” katanya.

Selain mengharapkan hujan bulan depan, Dr Afif meminta bantuan daripada pihak berkuasa Empangan Beris, di Sik, Kedah supaya dapat melepaskan air untuk membantu paras air sungai di sekitar kawasan itu.

Di IPOH, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meningkatkan jadual penyiraman pokok supaya tanaman di sekitar bandar ini kekal hidup dan segar berikutan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata jadual penyiraman pokok dan bunga di sekitar bandar raya ini ditingkatkan kepada dua kali setiap hari berbanding sekali sehari sebelum ini.

“(Penyiraman) ini termasuklah di stadium dan padang bola. Kita juga tumpukan di pesisir-pesisir jalan yang kita rasa mudah terbakar ekoran cuaca yang panas ketika ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

MBI juga mengarahkan anggota majlisnya untuk mengenal pasti kawasan yang dipercayai mudah terbakar terutamanya di kawasan rumput kering dan landskap seperti di bulatan jalan di bandar.

Zamri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membuang puntung rokok di tepi lebuh raya yang boleh mengakibatkan kebakaran besar berpunca akibat rumput kering. – BERNAMA

Tags: cuaca panasEl Nino
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd