• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai RM1 Juta, Tahan 3 Lelaki Afrika

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki warga Afrika dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Negeri Sembilan dan Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan pertama pada Selasa lepas, dua lelaki warga Afrika berusia lingkungan 22 hingga 27 tahun diberkas pada 11.05 pagi di parkir kereta di Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau berkata ketika ditahan kedua-dua suspek sedang membawa bungkusan kotak mengandungi 40 adapter komputer riba yang disorokkan dadah disyaki syabu seberat 3.4 kilogram.

Katanya dadah terbabit diimport dari negara luar untuk dijual di pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan suspek untuk import bahan terlarang itu ke negara ini adalah menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu sidang akhbar di Menara 1, Bukit Aman di sini, Isnin.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Myvi dalam serbuan tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di Taman Sentosa, Klang pada Khamis lepas, polis menahan seorang lagi lelaki warga Afrika kerana memiliki syabu seberat 1.4 kilogram.

“Ketika ditahan suspek berusia 29 tahun itu sedang membawa empat katrij dakwat pencetak yang disorokkan syabu di dalamnya,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Katanya kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dengan Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (NNCC) dalam membanteras dadah.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata dadah pelbagai jenis bernilai RM56.8 juta berjaya dirampas dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Katanya sebanyak 46,297 orang termasuk 1,939 warga asing ditahan berkaitan kes dadah dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes dadahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd