• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Tentera Didakwa Miliki Pistol Dan Peluru

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang tentera berpangkat Sarjan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki pistol dan peluru di kuarters kakitangan tentera di Setapak di sini, pada Mac lepas.

Bagi pertuduhan pertama, S.Premanathan, 34, didakwa memiliki sepucuk pistol CZ92 CAL 6.35 Browning yang menyalahi undang-undang di G2B-13-2, RKAT Kem Wardieburn, Setapak pada 8.40 malam, 7 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam butir peluru mengandungi S&B 6.35 BR tanpa suatu lesen, di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh tetapi peguam Ahmad Ridza Mohd Noh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya perlu menyara isteri, seorang anak berusia tiga bulan dan ibunya yang tua.

Hakim Amernudin Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan tiga syarat tambahan terhadap tertuduh iaitu dia perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan dilarang mengganggu pengadu dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahPistol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd