• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Koperal Polis Mengaku Tidak Bersalah

oleh Ahmad Albab
21/03/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan wang tunai daripada seorang wanita bernilai RM500 pada 2014.

Koperal Roslin Md Esa, 52, dituduh meminta suapan wang tunai RM400 daripada Bedah Debok sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap Azrul Haffiz Che Azzmi, selepas ditahan oleh tertuduh dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Rambutan pada 14 Mei 2014.

Tertuduh juga didakwa menerima suapan wang tunai bernilai RM100 daripada Bedah Debok sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadap Azrul Haffiz.

Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah gerai air kelapa, berhadapan Pejabat Pos Malaysia Tanjung Rambutan, Jalan Besar, Tanjung Rambutan, pada 2.30 petang dan 4.30 petang, 14 Mei 2014.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia boleh dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen 24(1) akta itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim S. Indra Nehru kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 (RM3,000 bagi setiap pertuduhan) dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 April depan sebagai sebutan semula kes.

Roslin yang berkhidmat sebagai anggota polis selama 31 tahun diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd