• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ramal Undi Popular BN Sarawak Meningkat Di PRN Ke-11

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka undi popular Barisan Nasional (BN) Sarawak meningkat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, seiring dengan populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Zahid berkata, berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang lalu populariti Adenan Satem mencapai tahap hampir 84 peratus pada Januari 2016 berbanding 74 peratus pada Jun 2015.

“Saya amat yakin dengan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN), jumlah undi akan meningkat,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Intai Menuang di sini hari ini.

Zahid berkata, walaupun undi popular BN pada PRN menunjukkan penurunan dari 71.2 peratus pada PRN 2001 kepada 62.9 peratus pada 2006 dan seterusnya menurun kepada 55.4 peratus pada PRN 2011 namun trend undi popular pada PRN ke-11 dijangka meningkat.

“Saya menjangkakan undi popular BN akan meningkat 55 hingga 60 peratus pada PRN ke-11,” katanya.

Beliau meminta rakyat Sarawak untuk tidak percaya kepada hasutan orang luar terutama yang mahu rakyat membenci Ketua Menteri serta kerajaan negeri BN.

Beliau berkata, rakyat Sarawak lebih memahami isu-isu dominan dalam negeri antaranya isu penurunan kuasa dan tanah adat daripada mempercayai hasutan pihak luar yang tidak memahami isu setempat.

Beliau memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang diutarakan oleh Ketua Menteri serta wakil rakyat BN Sarawak.

Mengenai masalah penduduk tiada dokumen pengenalan diri, beliau memberi jaminan akan cuba menyelesaikan masalah dengan membawa khidmat Unit Pendaftaran Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara ke Limbang.

Turut hadir di majlis tersebut Menteri Kemudahan Awam Negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah; dan ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd