• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Pakistan Mengaku Tak Bersalah Cuba Rasuah Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang juruteknik warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba merasuah seorang pegawai polis sebanyak RM200 pada 11 Mac lalu.

Safi Ullah Alinor, 29, didakwa melakukan kesalahan itu ketika diperiksa pegawai polis berkenaan sewaktu sedang berada di sebuah warung beralamat No 1-13, Jalan Tenang Dua, Kampung Pasir Putih di Pasir Gudang, di sini kira-kira 4.30 petang.

Tertuduh yang belum berkahwin dan telah bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di sini selama enam tahun, menawarkan suapan itu sebagai dorongan tidak menangkapnya setelah disyaki terlibat dalam kes penipuan.

Mengikut kertas pertuduhan, Safi Ullah pada mulanya hanya menawarkan wang tunai sebanyak RM100 kepada pegawai polis itu.

Namun apabila pegawai polis itu memberi amaran supaya tidak merasuahnya, tertuduh tidak mempedulikannya dan terus menambah sekeping lagi wang tunai RM100.

Berikutan itu, juruteknik itu telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam sebelum laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Baharu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Undang-Undang Malaysia Akta No. 694), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 4 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Fadzlin Mohd Hamdan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd