• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok dan Isnin ini, selepas berakhirnya cuti penggal pertama persekolahan 2016 walaupun cuaca panas melampau melanda negara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata setakat ini tidak ada keputusan untuk menutup mana-mana sekolah akibat cuaca panas dan kering itu berikutan fenomena El Nino yang melanda negara.

“Untuk sementara, apa yang boleh kita buat ialah semua aktiviti di luar bilik darjah mesti dihentikan atau tidak diadakan namun sesi persekolahan beroperasi seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di sini, hari ini.

Selepas cuti persekolahan bermula sejak 11 Mac lepas, semua sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan memulakan persekolahan esok manakala negeri lain yang memulakan cuti tersebut pada 12 Mac akan bermula Isnin ini.

Mahdzir berkata Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Gelombang Haba peringkat kebangsaan yang terdiri daripada beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, akan membuat keputusan sama ada sekolah perlu ditutup berikutan cuaca tersebut.

“Jawatankuasa tersebut akan melihat cuaca sampai berapa darjah Celsius dan berpanjangan berapa lama, baru kita buat keputusan,” katanya.

Mahdzir turut menasihati pengguna laman sosial supaya tidak menyebarkan khabar angin kononnya sekolah di beberapa negeri ditutup sehingga Selasa ini ekoran cuaca panas melampau.

Pengumuman itu tidak benar dan tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, katanya yang kesal kerana perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu hanya menyusahkan masyarakat terutama ibu bapa yang perlu menghantar anak-anak mereka kembali ke asrama.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini menyatakan pihaknya mengambil maklum berkenaan cuaca panas yang melanda negara akibat fenomena El Nino kuat serta pertanyaan berkaitan status pembukaan persekolahan esok.

Kenyataan itu berkata walaupun semua sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor dibuka seperti biasa, namun semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah ditangguhkan sehingga makluman sebaliknya dibuat atau keadaan telah kembali normal.

Kementerian itu berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah juga perlu membuat pemantauan rapi terhadap kesihatan murid-murid, termasuk memastikan bekalan air minuman bersih sama ada disediakan kantin sekolah atau selainnya mencukupi.

Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah menggalakkan murid-murid membawa air minuman sendiri ke sekolah.

Sekiranya terdapat sebarang komplikasi kepada murid akibat fenomena ini, maka pihak sekolah perlu segera berhubung dengan klinik atau hospital berdekatan, kata kenyataan itu.

Dalam hal ini, PPD juga diminta segera berbincang dengan Pegawai Kesihatan Daerah masing-masing bagi membantu dalam memastikan sebarang kemungkinan yang tidak diingini daripada berlaku.

Dalam menangani fenomena tersebut, semua pihak, khususnya ibu bapa dan murid-murid diingatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat rasmi daripada kementerian yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.

Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh fenomena El Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok. – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd