• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Terbit Setem Siri Definitif Perak Baharu

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan Setem Siri Definitif Perak Baharu bermula Isnin depan (21 Mac) sempena pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada 6 Mei tahun lepas.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Niaga, Diyana Lean Abdullah berkata setem yang bertemakan bunga-bungaan itu merupakan kesinambungan kepada siri terdahulu yang dikeluarkan pada 2007.

“Siri kali ini menampilkan enam jenis bunga berbeza iaitu Bunga Teratai yang berharga 10 sen, Bunga Tiga Bulan (20 sen), Bunga Lili Merah (30 sen), Bunga Kertas (40 sen), Bunga Seri Pagi (50 sen) dan Bunga Raya (60 sen). Setiap Lembaran Setem bagi koleksi ini terdiri daripada 20 keping setem,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata Sampul Surat Hari Pertama (FDC) termasuk risalah dijual dengan harga 55 sen manakala Lembaran Mini dengan harga RM5.30 setiap satu.

Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Pesanan Akaun Tetap (SODA) di bawah Pos Malaysia secara dalam talian di www.posonline.com.my.

“Setakat ini, kita sudah ada hampir 10,000 orang ahli SODA yang berdaftar di seluruh negara dan keistimewaan ahli SODA ialah mereka tidak perlu ke pejabat pos untuk membeli setem keluaran baharu di mana kita sendiri akan hantar setem itu ke rumah mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Diyana berkata Pos Malaysia sedang dalam perancangan menerbitkan Setem Keluaran Khas Sasterawan Negara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Usman Awang yang dijangka dikeluarkan 29 April ini. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd