• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Negara Tawar Program Sehari Bersama Pasangan Panda Gergasi

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berita baik buat pencinta panda. Kini anda berpeluang merasai pengalaman menjaga pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang melalui ‘Giant Panda Keeper Programme’ anjuran Zoo Negara.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly@Rahmat Amat Lana berkata program bermula sejak 13 Mac lalu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menyelami tugas sebagai penjaga pasangan panda gergasi itu di samping mendekatkan diri mereka dengan haiwan tersebut.

“Tugas sebagai penjaga panda itu bukan mudah, melalui program ini mereka perlu menjalankan tugas menyediakan makanan kepada pasangan panda itu dan membersihkan najis di kawasan kandang mengikut waktu yang ditetapkan.

“Antara tugas mereka termasuklah membantu menyediakan kek panda, lobak merah, epal, memotong buluh betong dan mencuci kandang pasangan panda gergasi itu selain memantau keadaan panda sepanjang masa dengan dibantu pegawai-pegawai zoo di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya penyertaan terbuka kepada orang ramai yang berumur 16 tahun ke atas dan hanya dihadkan kepada tiga orang sahaja setiap hari, bermula dari 8 pagi hingga 4 petang.

“Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM150 setiap seorang bagi warganegara dan RM300 untuk warga asing, merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari, sehelai T-shirt dan sijil penyertaan,” katanya.

Rosly berkata program ini adalah secara berterusan dan pihaknya turut menawarkan program sukarelawan untuk menjaga haiwan-haiwan lain di Zoo Negara kepada orang ramai.

Katanya pihak yang berminat untuk menyertai ‘Giant Panda Keeper Programme’ di GPCC dan program sukarelawan Zoo Negara, boleh menghubungi Jabatan Pendidikan, Perhubungan Awam dan Pemasaran Zoo Negara di talian 03-41083422 dan e-mel: [email protected].

“Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Giant Panda Keeper Programme’, mereka juga boleh melayari laman sesawang kami iaitu www.zoonegaramalaysia.my,” katanya.

Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei 2014 sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – BERNAMA

Tags: panda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd