• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pelatih Kes Pertama Maut Akibat Strok Haba

oleh AK-47
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelatih konstabel lelaki polis, Azizan Ayon, 23, dilaporkan menjadi mangsa pertama kes melibatkan cuaca panas serta kering melampau yang melanda negara pada ketika ini.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di sebuah wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di Johor pada Rabu (16 Mac), selepas pitam pada majlis suai kenal, kelmarin.

Menurut Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor, allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari rakan-rakan pelatih.

Ketika itu berlangsung majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan tersebut kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

“Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan,” katanya sebagaimana lapor portal Harian Metro.

Tambah beliau lagi, arwah masih bujang dan berasal dari Tanjung Kling, Melaka.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halaman oleh keluarga terdekat untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstabel lelaki yang didaftarkan diri ke Pulapol Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah HDS, Dr. Aman Rabu mengesahkan pihaknya menerima pesakit dan punca kematian akibat strok haba yang menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cuacapanasstrok haba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan berikutan...

KKM Minta Orang Ramai Waspada Cuaca Panas

KKM Minta Orang Ramai Waspada Cuaca Panas

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai supaya berwaspada dan lebih peka berikutan cuaca panas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd