• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat ‘Histeria’ Di KLCC Gara-Gara Lee Kwang Soo

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ruang legar Suria KLCC, di sini, pagi tadi ‘bergegar’ dengan jeritan peminat, terutama remaja perempuan, yang membanjiri ruang legar pusat beli-belah terbabit bagi melihat dari dekat bintang pujaan mereka, Lee Kwang Soo, 30.

Selebriti dari Korea Selatan yang juga bintang Running Man berkenaan berada di lokasi popular di ibu kota itu bagi memeriahkan pelancaran model terbaharu telefon pintar Samsung, Galaxy S7 Edge.

122216uykfufgkxii8k3yi

Penghibur kacak berkenaan, yang tampil dalam persalinan tuksedo hitam, turut terharu dengan kehadiran begitu ramai peminat pada acara terbabit.

Berkali-kali beliau menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa bersorak memberikan sokongan kepadanya sepanjang acara berlangsung.

Sememangnya Kwang Soo antara bintang paling berpengaruh di Asia ketika ini.

Dengan ketinggian 191 sentimeter (6 kaki 3 inci) dan wajah tampan dimilikinya, maka tidak hairanlah apabila peminat pelakon lelaki ini menggelarkan dirinya sebagai Prince of Asia.

Difahamkan, bagi memastikan peluang menemui bintang filem Confession dan A Dynamite Family itu tidak terlepas begitu saja, sebahagian peminat sudah pun berkampung di sekitar pusat beli-belah berkenaan sejak jam 2 pagi.

Bermula sebagai model sekitar 2007, Kwang Soo mula menceburkan diri dalam arena lakonan pada 2008 menerusi sitkom, Here He Comes.

Popularitinya mula melonjak selepas beliau menyertai program Running Man yang menemui penonton pada 2010. – Berita Harian

Tags: selebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd