• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Bapa Rogol, Liwat Anak Kandung

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang bapa yang dilaporkan merogol dan meliwat anak kandungnya dalam kejadian di rumah sewa lelaki itu di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata suspek berusia 42 tahun itu menyerah diri di sebuah balai polis di sini kira-kira 7.30 malam semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Katanya, mangsa merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Selangor telah dihantar ke rumah bapanya di sini pada 11 Mac untuk menjalani rawatan penyakit ‘epilepsi’ yang dihidapi mangsa.

Pelajar perempuan itu telah dijaga ibunya sejak bercerai dengan bapanya pada tahun 2006, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, ketika kejadian mangsa yang melawan telah diugut dengan sebilah pedang samurai manakala lelaki itu dipercayai mabuk.

Sulaiman berkata susulan kejadian itu, mangsa telah menghubungi ibunya pada keesokan paginya dan memberitahu tentang kejadian, sebelumnya ibunya datang mengambilnya dan membuat laporan polis.

Katanya polis akan mendapatkan perintah daripada mahkamah hari ini untuk menahan reman lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 376A/377C Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan seks luar tabii.

Mengikut kedua-dua seksyen itu, jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan. – BERNAMA

Tags: kes liwatkes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd